Rabu, 31 Mac 2010

Weekend At Hadyai...



Last weekend aku n my ofismate, k.ina going to Hatyai...Agak menyeronokkan tgk tmpt org n memahami budaya negara jiran...
Perjalanan agak memenatkan coz asyik duk menunggu org je.keluar dari rumah kul 8 n kul 10 baru bertolak menuju ke Alor Setar.Menunggu lagi di Jeniang 1/2 jam huhuhu memenatkan apabila kita kena tunggu org.Then sampai kat Bukit Kayu Hitam dah pukul 1 ptg. ok cut of the story selepas semua urusan dgn imigresen selesai kami terus ke Hadyai.
Sepanjang perjalanan menuju ke Hatyai aku tgk bangunan n rumah2 kat sana sangat unik sempit n panjang. Agak berbeza dari Malaysia. Mcm rumah mainan pun ada hehe...
Sesampai disana perut masing-masing dah berbunyi, makanya ke kedai makan la destinasi kami. Kami dibawa ke kedai makan islam thai yang rasanya ada link dgn tourist guide kami he.. First time aku dapat makan makanan siam yang original siam perghhh mmg best la wa ckp lu hehehe...Then kami dibawa ke kedai cenderamata yang boring huhu...dah la barang mahal then lama plak kat situ, boring gila la. tapi sempat jugak aku rembat t-shirt thailand sehelai...Then kami dibawa lagi ke kedai yang menjual makanan ringan. Aku dapat beli junkfood yang unik2 such as kerepek durian, kerepek kelapa , kerepek manggis and variety vacuum junkfood.
Setelah berpenatan dan semua ahli rombongan lesu, kami akhirnya dibawa ke tempat penginapan kami. Hotel ala2 zaman uji rashid n hail amir hehehe...toilet hotel tu macam bilik air rumah tok kat jitra sangat klasik hehe...tapi x kisah la coz selesa untuk berehat and membersihkan diri.
Pada sebelah malamnya selepas dinner yang membosankan, kami di bawa ke Floating Boat Market. Kat sini umpama pasar malam di hujung minggu. Di daratan terdapat perpuluh gerai2 buluh yang menjual beraneka jenis barangan dan makanan tapi kat daratan ni makanannya bukan dijual oleh org islam. Makanan halal kebanyakan dijual di floating boat. Agak terpegun aku melihat floating boat market yang sangat unik dan lain dimata aku. Harga makanan tak lah mahal sgt around singgit ke 2 hinggit ja. Makanan yang dijual pun agak unik dan menarik. After coming back from floating boat market, kami dipelawa oleh pakcik2 n abg2 rombongan untuk join lawatan x rasmi disekitar pekan Hatyai menaiki TUK TUK.
Hari ke dua kamidi bawa melawat ke Samila Beach, dimana tempatnya terkumpul cerita2 dongeng zaman dahulu. Cerita tentang mausia memenggal kepala sendiri, kisah terjadinya pulau kucing dan tikus, kisah naga yang berjasa dan kisah penemuan ikan duyung. di sini terkumpul replika tikus, kucing, naga dan ikan duyung.
Selepas berpenatan di Samila Beach, acara terakhir sebelum balik ke Malaysia adalah acara sopping. Tapi agak mengecewakan sebab masa yang diberi terlalu singkat. 2 Jam ja diperuntukkan untuk kami makan tghari dan shopping. Mana sempat hohoho, agak marah jugak la sbb x sempat explore bazar tu.
Trip ni enjoy tapi x berapa menarik sbb Thailand sekarang x macam dulu yang terkenal dgn barangan tiruan yang murah dan cantik. Mungkin di sebabkan pergolakan yang berlaku, maka bekalan untuk jualan terhad.
Aku happy kerana punya pengalaman yang boleh dipahat ke dalam memori hidupku.





















p/s : hahaha...tulis blog mcm wat karangan skolah rendah (percutian saya)...ala blog aku apa salahnya...ADA AKU KESAHHH...

Khamis, 4 Mac 2010

Gembirakan perut orang....

Hujung minggu yang lepas family aku semua berkumpul sempena cuti Hari Keputeraan Rasulullah S.A.W. So bersempena dengan cuti yang panjang family kakna, dikni n muny (yg awalnya x mau balik, last2 alik gak hehehe) dan aku berkumpul di rumah mama abah. Biasala biladah berkumpul ni apa yg ada di minda masing2 adalah apa yg nak dimakan hehehe...selepas aku berjaya buat Nasi Ayam Hainan 2 minggu lepas, mama asyik perangat adik-beradik aku tentang ke'berjayaan' aku menghasilkan nasi ayam hainan...hehehe actually x jadi betul2 mcm yang ori but boleh la membuatkan abg ipar aku bertambah nasi 3 kali huhuhu...





Inilah hidangan yang berjaya aku hasilkan hehehe...semua dish aku masak kecuali salad telur yang dihasilkan oleh dikni...kali ni punya Nasi Ayam Hainan lebih baik dari yg aku buat 2 minggu lepas. Nasi dan sup yg dihasilkan sgt sedap (puji diri sendiri lak)...rasa bahagia dapat berjaya memuaskan 'perut' ahli keluarga aku...


p/s : lepas ni kena buat cara kukus plak...

Isnin, 22 Februari 2010



INSYA ALLAH


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insya Allah
Insya Allah we`ll find the way

so touching lagu from Maher Zain ni....mula meminati Maher Zain sebulan yg lepas...suara yang sgt menarik dan sayu.

Ahad, 21 Februari 2010

Telah dipegang sebelah kakinya....



Pertunangan/Khitbah dimaksudkan untuk membuka ruang antara pasangan untuk saling mengenali sebelum menikah, baik dari segi lahiriah mahupun batiniah sebelum bernikah atau berkahwin.

Dari Mughirah bin Syu'bah berkata "Aku pernah melamar seorang wanita. Lalu Nabi SAW bersabda, 'Lihatlah ia, kerana yang demikian itu akan menimbulkan kasih sayang antara kalian berdua."
(HR Nasa'l, Ibn Majah dan Tirmidzi)

1. Jumnur Ulama' berpandangan, boleh melihat wajah dan kedua telapak tangan, kerana melihat wajah dan kedua telapak tangan akan dapat diketahui kecantikan wanita itu.
2. Ibnu Daud mengatakan : boleh meihat seluruh anggota
3. Imam Abu Hanifah membolehkan melihat dua telapak kaki, wajah dan dua telapak tangan.

Masih lagi aku ingat semasa kecil, aku didedahkan tentang adat org melayu tentang majlis pertunangan dimana wakil pihak lelaki akan datang ke rumah perempuan untuk meminang wanita yang dihajati tanpa kehadiran lelaki itu sendiri. Kemudian apa yg aku lihat, apabila berganjak tahun majlis pertunangan dihadiri bakal pengantin lelaki tetapi hanya diluar pagar dengan tujuan untuk menunjuk arah ke rumah pihak perempuan. Kemudian berlaku lagi perubahan dimana pihak lelaki ikut bersama dengan rombongan, ketika perbincangan diadakan bakal pengantin lelaki akan berada di luar rumah dan apabila sesi perbincangan selesai, lelaki akan dijemput oleh tuan rumah untuk makan bersama rombongan. Dan sekarang apa yang berlaku, pihak lelaki sudah mula datang dan masuk mendengar perbincangan kedua belah pihak dan sudah mula bergambar bersama tunangannya dipersada pelaminan yang dihias cantik bak majlis pernikahan.....
ermmmm....adakah era sudah berubah? TEPUK DADA TANYALAH SELERA

Rabu, 17 Februari 2010

2010....


17 Feb 2010....
It means that dah 48 hari tahun 2010 ditinggalkan....aku masih lagi sepi dari sebarang update blog ini....
Banyak peristiwa berlaku sepanjang 5 bulan blog ini menyepi...segala suka dah duka 'diadun' menjadi resipi kehidupan aku....walau apapun yang berlaku, segalanya berjaya aku atasi untuk dijadikan pedoman dan iktibar dalam melayari kehidupan ini...
Perancangan utnuk tahun ini adalah untuk memajukan diri setapak ke hadapan....aku masih lagi menanti jawapan samada aku layak untuk diterima masuk menjadi penimba ilmu...otak yang dah 5 tahun diperam akan memuntahkan isinya tak lama lagi hehehe...Harap2 aku berjaya menaiki selangkah lagi anak tangga dalam episod kehidupan aku...

Ahad, 30 Ogos 2009

Ramadan Muncul Lagi.....

Bulan yang penuh keberkatan kembali lagi untuk tahun ini....Ramadan kali ini aku rasa berlainan sekali dari sebelumnya....Ramadan kali ni aku tempuhi dengan penuh semangat dan kebahagiaan...rasa tenang sangat ramadan kali ini rasa mcm sebati dengan diri ni....
Mungkin aku dah mula menginjak ke alam yang lebih dewasa.....rasa sayang sangat untuk meninggalkan walaupun satu hari dari melakukan ibadah ini....Malam2 diisi dengan aktiviti kerohanian dengan semangat yang 'lain dari biasa'....

Selasa, 18 Ogos 2009

Mengapa Matahari ?




Seorang wanita bertanya pada seorang pemuda tentang cinta dan harapan. Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan pemuda berkata ingin menjadi matahari. Wanita tidak mengerti kenapa pemuda ingin jadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga.
Wanita berkata ingin menjadi rembulan dan pemuda berkata ingin tetap menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan tidak mungkin bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh daripada matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari.
Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita sudah tiga kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin jadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita pun pergi dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga yang menjadi pilihannya. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari.
Saat wanita jadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya untuk bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan pada akhirnya kupu-kpu yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan.
Saat wanita jadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan, siapakah yang ingat kepada matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak dapat menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya, agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.
Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu jadi matahari agar burung bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung.
Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Pemuda tidak pernah menyesal menjadi matahari bagi wanita.
p/s : adakah aku akan dapat this type of lelaki....hopefully

Khamis, 13 Ogos 2009

Cinta Setangkai Ranting Dan Sebatang Pohon



Suatu ketika Plato berbicara dengan gurunya. Plato bertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab: “Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yang menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut.”
Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya bertanya, maka jawab Plato : “Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan, ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa.
Guru itu pun berkata: “Itulah cinta.” Lalu Plato pun bertanya apa makna perkahwinan. Guru pun menjawab: “Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fakir paling baik dan bawalah keluar dari hutan.” Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.
Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato: “ Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya. Tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan. Akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana.
“Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin boleh merawatnya dan menjadikannya indah.” Lalu sang guru berkata: “ Itulah makna perkahwinan. Begitu banyak pilihan kita seperti pohon-pohon dan rantingnya di dalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih, tidak satu pun akan kita dapati.”
Kerana, kesempatan itu hanya datang sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang bergerak ke depan yang tidak pernah tersimpan pada hari kelmarin dan bersemayam pada masa lalu kita.

Selasa, 7 Julai 2009

renungan....

Tuhan yang maha pemurah telah menciptakan kita ikan-ikan di sungai dan laut, tetapi kita harus mengail ataupun memukat untuk mendapatkannya. Demikian juga jika kamu terus menunggu waktu yang tepat, mungkin kamu tidak akan pernah bermula. Mulailah sekarang! Mulailah di mana kamu berada sekarang dengan apa adanya.
Jangan pernah fikirkan kenapa kita memilih seseorang untuk dicintai, tetapi sedarilah bahawa cintalah yang memilih kita untuk mencintainya. Perkahwinan memang memiliki banyak kesusahan, tetapi kehidupan bujang tidak memiliki kesenangan. Buka mata kamu lebar-lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kamu setengah terpejam sesudahnya.
Menikahi wanita atau pria kerana kecantikan atau ketampanannya, sama seperti membeli rumah kerana lapisan catnya. Harta milik yang paling berharga bagi seorang pemuda di dunia ini adalah hati seorang wanita. Begitu juga persahabatan. Persahabatan adalah satu jiwa dalam dua raga. Persahabatan sejati tidak ubah seperti nikmat kesihatan yang baik, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya.
Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan di kala kamu senang dan perisai di waktu kamu susah. Namun kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman , jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Kerana semua manusia itu baik kalau kamu mampu melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu mampu melihat keunikannya. Tetapi……semua manusia itu akan buruk dan membosankan sekiranya kamu tidak bisa melihat kedua-duanya sekali.
Begitu juga dengan kebijaksanaan. Kebijakan itu seperti cairan yang mana kegunaannya terletak pada penyerapan yang benar. Orang pintar sekalipun akan gagal apabila mereka memikirkan terlalu banyak hal. Sedangkan orang bodoh seringkali berhasil melakukan tindakan tepat. Dan bahawasanya, keintelektualan sejati tidak datang dari pemikiran kita semata-mata tetapi turut bersandarkan pada perasaan dan fakta.
Tak seorang pun sempurna, bukan? Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah seorang yang bijak. Adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah. Apa yang berada di belakang kita dan apa yang berada di hadapan kita adalah perkara kecil berbanding dengan apa yang berada di dalam diri kita sendiri.
Kita tidak berupaya untuk mengubah masa lalu tetapi sesungguhnya, dapat menhancurkan masa kini dengan berasa khuatir tentang masa depan. Bila kita mengisi hati dengan penyesalan untuk masa lalu dan kebimbangan untuk masa-masa yang akan mendatang, percayalah. Kita tidak memiliki hari ini untuk disyukuri. Justeru , jika kamu berfikir tentang hari kelmarin tanpa rasa penyesalan dan hari esok tanpa rasa takut, bererti kamu sudah berada di jalan yang benar menuju kejayaan.

Selasa, 23 Jun 2009

keinginan yg lama terpendam....



Apabila bercakap tntang penulisan, aku x pernah sebenarnya berminat untuk menulis.....sejak dari dulu aku ter 'influence' dengan adik aku yg obses dengan penulisan....konon2 nya nak tiru dia la yg suka sgt menulis tntg ketidakpuasan hati n tntang perasaan yg terpendam...

Pernah satu ketika aku memiliki sebuah dairy, selama 3 tahun diary yg mempunyai x sampai 50 page tu baru aku berjaya habiskan hehehe (betapa slownya aku dalam arena penulisan)....aku x pandai luahkan perasaan melalui penulisan or melalui mana2 sumber pn...kadang2 perasaan tu tersimpan dan terpendam mcm tu je tanpa ada sebarang tindakan...itulah satu kepuasan bagi diri aku rasanya....so luahan hati aku x pernah ada yg tahu...tentang blog ini pn sama jgk la konsepnya hehehe...ter 'influence' ngan adik aku jugak hehehe...thats y la x terupdate dari dulu lagi..kehadiranya maybe hanya sekadar untuk memeriahkan arena blog yg semakin berkembang luas saat ini....aku bukanlah seorang blogger yg baik, aku cuma sekadar untuk mencuba dan selagi nafas ini berbunyi, blog ini akan ada ceritanya....