Jangan pernah fikirkan kenapa kita memilih seseorang untuk dicintai, tetapi sedarilah bahawa cintalah yang memilih kita untuk mencintainya. Perkahwinan memang memiliki banyak kesusahan, tetapi kehidupan bujang tidak memiliki kesenangan. Buka mata kamu lebar-lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kamu setengah terpejam sesudahnya.
Menikahi wanita atau pria kerana kecantikan atau ketampanannya, sama seperti membeli rumah kerana lapisan catnya. Harta milik yang paling berharga bagi seorang pemuda di dunia ini adalah hati seorang wanita. Begitu juga persahabatan. Persahabatan adalah satu jiwa dalam dua raga. Persahabatan sejati tidak ubah seperti nikmat kesihatan yang baik, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya.
Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan di kala kamu senang dan perisai di waktu kamu susah. Namun kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman , jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Kerana semua manusia itu baik kalau kamu mampu melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu mampu melihat keunikannya. Tetapi……semua manusia itu akan buruk dan membosankan sekiranya kamu tidak bisa melihat kedua-duanya sekali.
Begitu juga dengan kebijaksanaan. Kebijakan itu seperti cairan yang mana kegunaannya terletak pada penyerapan yang benar. Orang pintar sekalipun akan gagal apabila mereka memikirkan terlalu banyak hal. Sedangkan orang bodoh seringkali berhasil melakukan tindakan tepat. Dan bahawasanya, keintelektualan sejati tidak datang dari pemikiran kita semata-mata tetapi turut bersandarkan pada perasaan dan fakta.
Tak seorang pun sempurna, bukan? Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah seorang yang bijak. Adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah. Apa yang berada di belakang kita dan apa yang berada di hadapan kita adalah perkara kecil berbanding dengan apa yang berada di dalam diri kita sendiri.
Kita tidak berupaya untuk mengubah masa lalu tetapi sesungguhnya, dapat menhancurkan masa kini dengan berasa khuatir tentang masa depan. Bila kita mengisi hati dengan penyesalan untuk masa lalu dan kebimbangan untuk masa-masa yang akan mendatang, percayalah. Kita tidak memiliki hari ini untuk disyukuri. Justeru , jika kamu berfikir tentang hari kelmarin tanpa rasa penyesalan dan hari esok tanpa rasa takut, bererti kamu sudah berada di jalan yang benar menuju kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan