Pertunangan/Khitbah dimaksudkan untuk membuka ruang antara pasangan untuk saling mengenali sebelum menikah, baik dari segi lahiriah mahupun batiniah sebelum bernikah atau berkahwin.
Dari Mughirah bin Syu'bah berkata "Aku pernah melamar seorang wanita. Lalu Nabi SAW bersabda, 'Lihatlah ia, kerana yang demikian itu akan menimbulkan kasih sayang antara kalian berdua."
(HR Nasa'l, Ibn Majah dan Tirmidzi)
1. Jumnur Ulama' berpandangan, boleh melihat wajah dan kedua telapak tangan, kerana melihat wajah dan kedua telapak tangan akan dapat diketahui kecantikan wanita itu.
2. Ibnu Daud mengatakan : boleh meihat seluruh anggota
3. Imam Abu Hanifah membolehkan melihat dua telapak kaki, wajah dan dua telapak tangan.
Masih lagi aku ingat semasa kecil, aku didedahkan tentang adat org melayu tentang majlis pertunangan dimana wakil pihak lelaki akan datang ke rumah perempuan untuk meminang wanita yang dihajati tanpa kehadiran lelaki itu sendiri. Kemudian apa yg aku lihat, apabila berganjak tahun majlis pertunangan dihadiri bakal pengantin lelaki tetapi hanya diluar pagar dengan tujuan untuk menunjuk arah ke rumah pihak perempuan. Kemudian berlaku lagi perubahan dimana pihak lelaki ikut bersama dengan rombongan, ketika perbincangan diadakan bakal pengantin lelaki akan berada di luar rumah dan apabila sesi perbincangan selesai, lelaki akan dijemput oleh tuan rumah untuk makan bersama rombongan. Dan sekarang apa yang berlaku, pihak lelaki sudah mula datang dan masuk mendengar perbincangan kedua belah pihak dan sudah mula bergambar bersama tunangannya dipersada pelaminan yang dihias cantik bak majlis pernikahan.....
ermmmm....adakah era sudah berubah? TEPUK DADA TANYALAH SELERA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan