
HATI....
kenapa hati x dapat dikawal..? apakah atau siapakah yang mengawal hati...nafsu dan hati adakah elemen yang sama? aku x dapat rungkaikan permasalahan hati manusia..org kata ikut hati mati, ikut rasa binasa..ermmm kenapa kalo ikut hati mati? yess banyak perkara yang berlaku abad ini adalah berdasarkan hati...buang bayi, buang anak, buang mak bapak, membunuh, berzina dan banyak perkara negatif yang berlaku tika ini adalah kerana HATI...kesian kat hati, sentiasa dipersalahkan...padahal bukan hati tapi pengawalan akal fikiran manusia yang x dpt membezekan yang mana baik yang mana buruk...BILA DAH TERANTUK BARU TENGADAH...
Kadang2 kerana hal kecil, dah membuatkan hati yang tenang menjadi susah...
Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)
Apa2 pun apabila hati tidak tenang kembalilah kita mengadap YANG MAHA ESA...insyallah hati kita akan menjadi tenang..banyakkan beristigfar kerana apabila kita sentiasa mengingati ALLAH, hati kita akan tenang setenang air yang mengalir...jangan terlalu mengikut kata HATI...sebenarnya ini adalah untuk diri aku sendiri yang kadangkala tindakanku terlalu mengikut kata hati...hati yang kadangkala banyak berkata negatif dari positif....hati yang sentiasa bersyak wasangka buruk...hati ini selalu memiirkan tentang keburukan dan kelemahan manusia...padahal diri aku sendiri banyak kelemahannya...
marilah bersama menjaga hati dengan mengamalkan 5 perkara :
1.membaca al-quran dan maknanya
2.mendirikan solat malam(qiamullail)
3.berkumpul bersama-sama orang yang soleh
4.perbanyakkan berpuasa
5.perbanyakkan berzikir
"YA ALLAH...BIMBINGLAH AKU DALAM MENGAWAL HATI INI DARI MEMIKIRKAN PERKARA YANG AKAN MEROSAKKAN PEMIKIRANKU" AMIN...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan