Last weekend aku n my ofismate, k.ina going to Hatyai...Agak menyeronokkan tgk tmpt org n memahami budaya negara jiran...
Perjalanan agak memenatkan coz asyik duk menunggu org je.keluar dari rumah kul 8 n kul 10 baru bertolak menuju ke Alor Setar.Menunggu lagi di Jeniang 1/2 jam huhuhu memenatkan apabila kita kena tunggu org.Then sampai kat Bukit Kayu Hitam dah pukul 1 ptg. ok cut of the story selepas semua urusan dgn imigresen selesai kami terus ke Hadyai.
Sepanjang perjalanan menuju ke Hatyai aku tgk bangunan n rumah2 kat sana sangat unik sempit n panjang. Agak berbeza dari Malaysia. Mcm rumah mainan pun ada hehe...
Sesampai disana perut masing-masing dah berbunyi, makanya ke kedai makan la destinasi kami. Kami dibawa ke kedai makan islam thai yang rasanya ada link dgn tourist guide kami he.. First time aku dapat makan makanan siam yang original siam perghhh mmg best la wa ckp lu hehehe...Then kami dibawa ke kedai cenderamata yang boring huhu...dah la barang mahal then lama plak kat situ, boring gila la. tapi sempat jugak aku rembat t-shirt thailand sehelai...Then kami dibawa lagi ke kedai yang menjual makanan ringan. Aku dapat beli junkfood yang unik2 such as kerepek durian, kerepek kelapa , kerepek manggis and variety vacuum junkfood.
Setelah berpenatan dan semua ahli rombongan lesu, kami akhirnya dibawa ke tempat penginapan kami. Hotel ala2 zaman uji rashid n hail amir hehehe...toilet hotel tu macam bilik air rumah tok kat jitra sangat klasik hehe...tapi x kisah la coz selesa untuk berehat and membersihkan diri.
Pada sebelah malamnya selepas dinner yang membosankan, kami di bawa ke Floating Boat Market. Kat sini umpama pasar malam di hujung minggu. Di daratan terdapat perpuluh gerai2 buluh yang menjual beraneka jenis barangan dan makanan tapi kat daratan ni makanannya bukan dijual oleh org islam. Makanan halal kebanyakan dijual di floating boat. Agak terpegun aku melihat floating boat market yang sangat unik dan lain dimata aku. Harga makanan tak lah mahal sgt around singgit ke 2 hinggit ja. Makanan yang dijual pun agak unik dan menarik. After coming back from floating boat market, kami dipelawa oleh pakcik2 n abg2 rombongan untuk join lawatan x rasmi disekitar pekan Hatyai menaiki TUK TUK.
Hari ke dua kamidi bawa melawat ke Samila Beach, dimana tempatnya terkumpul cerita2 dongeng zaman dahulu. Cerita tentang mausia memenggal kepala sendiri, kisah terjadinya pulau kucing dan tikus, kisah naga yang berjasa dan kisah penemuan ikan duyung. di sini terkumpul replika tikus, kucing, naga dan ikan duyung.
Selepas berpenatan di Samila Beach, acara terakhir sebelum balik ke Malaysia adalah acara sopping. Tapi agak mengecewakan sebab masa yang diberi terlalu singkat. 2 Jam ja diperuntukkan untuk kami makan tghari dan shopping. Mana sempat hohoho, agak marah jugak la sbb x sempat explore bazar tu.
Trip ni enjoy tapi x berapa menarik sbb Thailand sekarang x macam dulu yang terkenal dgn barangan tiruan yang murah dan cantik. Mungkin di sebabkan pergolakan yang berlaku, maka bekalan untuk jualan terhad.
Aku happy kerana punya pengalaman yang boleh dipahat ke dalam memori hidupku.
p/s : hahaha...tulis blog mcm wat karangan skolah rendah (percutian saya)...ala blog aku apa salahnya...ADA AKU KESAHHH...




